Empat tonggak Chelsea positif Covid-19

Pemain Chelsea, Ruben Loftus-Cheek (tengah) cuba melepasi kawalan pertahanan Everton pada perlawanan berkenaan. - Foto EPA
Pemain Chelsea, Ruben Loftus-Cheek (tengah) cuba melepasi kawalan pertahanan Everton pada perlawanan berkenaan. - Foto EPA
A
A
A

EMPAT tonggak Chelsea, Romelu Lukaku, Timo Werner, Callum Hudson-Odoi and Ben Chilwell disahkan positif Covid-19, pada Khamis.

Perkara itu didedahkan oleh pengendali The Blues, Thomas Tuchel yang mengatakan perkara itu berlaku setelah pasukan berkenaan berdepan Everton di Stamford Bridge, pada Khamis.

Malah Tuchel turut berkata, seorang lagi pemain The Blues, Kai Havertz pula disahkan tidak sihat pada ketika ini.

“Kai (Harvertz), dilaporkan tidak sihat, bukannya positif Covid-19 dan kami masih menunggu keputusan ujian calitannya. Bagaimanapun, kami membuat keputusan untuk tidak menyenaraikannya bersama pasukan ini, bagi aksi berdepan Everton.

“Kami juga telah mengadakan ujian tambahan pada 12 tengahari bagi memastikan pemain yang hadir untuk menikmati makan tengah hari,” katanya.

Untuk rekod, kesemua pemain berkenaan pada mulanya mengatakan mereka berasa tidak sihat dan tidak mengikuti latihan.

Pada aksi berdepan Everton itu, Chelsea membuka jaringan menerusi Mason Mount pada minit ke-70, bagaimanapun, pertahanan pelawat, Jarrad Branthwaite menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-74 bagi memastikan kedua-dua pasukan berkongsi satu mata.

Mengulas mengenai aksi berdepan Wolverhampton Wanderers di Stadium Molineux pada Ahad, Tuchel menegaskan pihaknya tetap melakukan persiapan bagi mengharungi aksi berkenaan di sebalik empat tonggak utamanya disahkan positif Covid-19.

Artikel Berkaitan:

Malah menurut Tuchel, dia juga tidak bercadang untuk menangguhkan perlawanan berkenaan ke tarikh lain.

“Tidak, kami tidak mahu berbincang (tangguh perlawanan), ini lagi. Saya tidak tahu mengenai undang-undang dan saya tidak berminat untuk mengetahuinya.

“Saya hanya mahu mempersiapkan pasukan saya dan soal perlawanan ditangguhkan tidak ada kena mengena dengan saya,” katanya.