Setiu, Dungun mula dilanda banjir

Air mula naik di Jalan Teladas, Air Putih, Kemaman menyebabkan ia ditutup bagi semua kenderaan.
Air mula naik di Jalan Teladas, Air Putih, Kemaman menyebabkan ia ditutup bagi semua kenderaan.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - [DIKEMAS KINI] Hujan berterusan sejak Rabu menyebabkan dua daerah di Terengganu iaitu Dungun dan Setiu kembali dilanda banjir.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri melalui kenyataan pada Jumaat memaklumkan, setakat ini dua pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan seramai 21 mangsa banjir sehingga jam 9 pagi.

"Di Setiu, PPS Sekolah Kebangsaan Kasar, Hulu Nerus 1 mula dibuka jam 1.30 pagi Jumaat dengan menempatkan mangsa empat sekeluarga.

"Bagi daerah Dungun pula, seramai 17 mangsa banjir daripada empat keluarga dipindahkan ke PPS Dewan Orang Ramai Kampung Pasir Raja yang dibuka jam 6.30 pagi," jelas kenyataan tersebut.

Dalam pada katanya, hujan masih lebat di kebanyakan tempat dan dua laluan di Kemaman iaitu di T133, Jalan Pelatoh-Lubuk Lesong dan T08 di jambatan lama Teladas kini ditutup kepada semua kenderaan selepas dinaiki air.

Bagaimanapun, laluan di T138, Jalan Permaisuri/Hulu Seladang di Setiu masih lagi dibuka kepada semua kenderaan.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan sangat lebat berterusan peringkat merah atau bahaya di Kemaman bermula Jumaat.

Amaran jingga atau buruk pula dikeluarkan bagi tujuh daerah lain iaitu Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun.

Artikel Berkaitan: