Suami terkandas di Lombok: Tiada siasatan dibuat polis Kelantan

Shafien (dua dari kiri) bersama Mohd Riduan (kiri) dan Mohamad Ismail (tiga dari kiri) menyampaikan sumbangan pada Program Sumbangan Prihatin Majlis Jaksa Pendamai Kelantan di Sudara Beach Resort, Bachok pada Khamis.
Shafien (dua dari kiri) bersama Mohd Riduan (kiri) dan Mohamad Ismail (tiga dari kiri) menyampaikan sumbangan pada Program Sumbangan Prihatin Majlis Jaksa Pendamai Kelantan di Sudara Beach Resort, Bachok pada Khamis.
A
A
A

KOTA BHARU - Polis Kelantan tidak melakukan siasatan terhadap laporan yang dibuat oleh seorang wanita berkenaan suaminya terkandas di Lombok, Indonesia.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, laporan yang dibuat wanita berkenaan adalah untuk dijadikan rujukan kepada pihak kedutaan bagi mendapatkan bantuan.

"Kita ada terima laporan berhubung kes tersebut tetapi kami tidak terlibat," katanya kepada pemberita selepas diminta mengulas mengenai rayuan seorang wanita kepada mana-mana pihak termasuk kerajaan membantu membawa pulang suaminya yang terkandas di Mataram, Lombok, Indonesia.

Sebelum itu beliau menyampaikan sumbangan kepada 50 penerima yang terdiri daripada warga IPD Bachok dan asnaf pada Program Sumbangan Prihatin Majlis Jaksa Pendamai Kelantan di Sudara Beach Resort pada Khamis.

Hadir sama Setiausaha Majlis Jaksa Pendamai Kelantan, Datuk Mohd Riduan Junoh dan Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin.

Sinar Harian pada Rabu melaporkan, Yusnizawati Ghazali, 48, merayu mana-mana pihak termasuk kerajaan membantu membawa pulang suaminya, Zaidee Jusoh, 48, yang terkandas di Mataram, Lombok, Indonesia ketika ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri rayu bawa pulang suami terkandas di Lombok

Wanita berkenaan berkata, suaminya yang merupakan seorang guru telah berlepas ke Lombok atas urusan perniagaan mutiara pada awal Mac lalu.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, pasport antarabangsa guru berkenaan ditahan oleh pihak peguam di Indonesia sebagai jaminan selepas perlu membayar ganti rugi berjumlah RM60,000.

Ia susulan, kereta jenis Honda Brio Satya yang disewa guru berkenaan untuk kegunaannya sepanjang berada di Lombok telah dibakar dengan niat khianat.