Korea Selatan laksanakan semula perintah berkurung

Kes Covid-19 meningkat semula sehingga tiga kali ganda di Korea Selatan. - Foto AFP
Kes Covid-19 meningkat semula sehingga tiga kali ganda di Korea Selatan. - Foto AFP
A
A
A

SEOUL - Korea Selatan menyatakan pada Khamis bahawa ia akan melaksanakan semula perintah berkurung terhadap premis-premis perniagaan dan mengehadkan bilangan orang dalam majlis-majlis perjumpaan disebabkan peningkatan kes Covid-19.

Pada bulan lalu, pihak berkuasa negara itu melonggarkan sekatan yang dikenakan ke atas orang ramai dan menghapuskan had masa operasi perniagaan setelah program vaksinasi berjaya dilakukan.

Namun, jangkitan harian baharu meningkat tiga kali ganda sejak itu dengan 7,850 kes dilaporkan pada Rabu dan pihak berkuasa telah memberi amaran bahawa angka tersebut akan meningkat sehingga 20,000 pada bulan depan.

"Kami akan dapat mengatasi saat-saat genting ini jika dapat menghalang penyebaran (Covid-19) dengan cepat melalui langkah-langkah penjarakan sosial," kata Perdana Menteri, Kim Boo-kyum pada Khamis seperti dilaporkan oleh AFP.

Berdasarkan peraturan baharu yang akan berkuat kuasa pada Sabtu selama dua minggu, restoran, kafe dan tempat-tempat hiburan perlu ditutup pada jam 9 malam, manakala tempat awam lain seperti pawagam serta dewan konsert dibenarkan beroperasi sehingga jam 10 malam.

Hanya empat orang dibenarkan menghadiri majlis-majlis perjumpaan peribadi.

Lebih 80 peratus penduduk Korea Selatan telah mendapat vaksin Covid-19 sepenuhnya. - Agensi

Artikel Berkaitan: