Semarak Niaga Keluarga Malaysia

No Image Caption
A
A
A

Suntikan ekuiti untuk manfaat golongan usahawan

Hampir semua segmen perniagaan menerima impak langsung daripada krisis Covid-19. Dilaporkan, lebih 37,000 perniagaan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) menutup operasi semenjak krisis ini bermula.

Dalam meminimum kesan ini, kerajaan telah mengumumkan pelbagai inisiatif melalui pakej-pakej bantuan dan rangsangan bagi memastikan kelangsungan industri perniagaan.

Dengan kebanyakan sektor ekonomi kini kembali beroperasi, permintaan domestik dijangka memulih. Namun, masih terdapat sebilangan segmen ekonomi yang terjejas teruk, memerlukan sokongan untuk bangkit semula dan membina daya tahan.

Bagi mengembali keupayaan perniagaan, kerajaan sebagai pemudah cara akan memperbanyak akses pembiayaan kepada sektor perniagaan, terutamanya untuk pengusaha PMKS dan sektor informal.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

Untuk tahun 2022, pakej pembiayaan dengan nilai keseluruhan berjumlah RM40 bilion disediakan di

bawah Program Semarak Niaga Keluarga Malaysia (atau SemarakNiaga).

Skim pembiayaan ini merangkumi pinjaman langsung, jaminan pembiayaan dan suntikan ekuiti dengan sasaran untuk memanfaatkan setiap golongan usahawan tidak kira perusahaan mikro ataupun syarikat tersenarai awam.

No Image Caption

Jaminan Pembiayaan Perniagaan

• Penambahbaikan Skim Jaminan Pembiayaan Perniagaan:

- Meningkatkan had jaminan pembiayaan perniagaan sehingga RM10 bilion sebagai tambahan kepada RM20 bilion yang telah diumumkan di bawah pakej Pemulih.

- Menjamin kemudahan pembiayaan yang dijadual dan distruktur semula sehingga 80% untuk tempoh 36 bulan sehingga maksimum RM20 juta termasuk ketika tempoh pemberian 12 bulan moratorium bayaran balik.

- Menjamin kemudahan pembiayaan baharu sehingga 80% termasuk ketika tempoh pemberian 12 bulan moratorium bayaran balik.

• Jaminan RM2 bilion daripada tambahan RM10 bilion had baharu dikhususkan kepada peminjam Bumiputera.

No Image Caption

Kemudahan Menjalankan Perniagaan

- Lanjutan potongan cukai ke atas kos pengubahsuaian sehingga RM300,000 bagi menyokong pematuhan SOP seperti menambahbaik pengudaraan.

- Potongan cukai tambahan sehingga RM50,000 ke atas perbelanjaan sewaan premis penginapan pekerja.

- Penguatkuasaan pematuhan SOP COVID-19 melalui Kementerian Dalam Negeri dan juga pematuhan Akta 446 melalui Kementerian Sumber Manusia.

- Menambah peluang penyertaan dalam perolehan Kerajaan, syarat keperluan pendaftaran akan dipermudahkan.

- Mewujudkan Business Travellers Centre kedua di Johor (RM10 juta).

No Image Caption

• Layanan cukai:

- Penangguhan bayaran ansuran cukai pendapatan.

- Kebenaran pindaan anggaran cukai.

- Potongan cukai khas atas pengurangan sewa.

- Kerugian terkumpul dibawa kehadapan.