Kes cuai khatan: Mahkamah cadang penyelesaian luar mahkamah

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kes saman dikemukakan seorang remaja terhadap seorang pembantu perubatan hospital kerana menyebabkan kepala alat sulitnya terpotong semasa proses berkhatan dicadang diselesaikan di luar mahkamah.

Peguam Mohamad Zainuddin Abu Bakar, yang mewakili remaja berkenaan berkata Hakim Datuk Nik Hasmat Nik Mohamad pada pengurusan kes itu dalam kamarnya hari ini menasihatkan pihak-pihak terlibat berbincang dan cuba menyelesaikan kes tersebut.

Sehubungan itu katanya mahkamah menetapkan 3 April ini untuk pengurusan kes bagi mengetahui status perbincangan penyelesaian kes berkenaan.

Pada masa yang sama, Mohamad Zainuddin memaklumkan pihaknya telah memfailkan notis rayuan terhadap keputusan mahkamah yang membatalkan saman terhadap kerajaan dan empat pihak lagi.

Menurutnya rayuan itu difailkan pada 6 Mac lalu dan tarikh pengurusan kes belum ditetapkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Lima pihak berjaya batal saman remaja putus kepala zakar

Pada 20 Februari lalu Kerajaan Malaysia dan empat pihak lagi berjaya mengetepikan saman dikemukakan remaja itu berhubung dakwaan berlaku kecuaian semasa proses berkhatan sehingga menyebabkan kepala alat sulitnya terpotong dan mengalami kecacatan kekal.

Artikel Berkaitan: