'Kami akan bangkit lawan Indonesia'

Kogi (depan), menjalani latihan bersama rakan-rakan sepasukan. - foto fb FAM
Kogi (depan), menjalani latihan bersama rakan-rakan sepasukan. - foto fb FAM
A
A
A

PEMAIN Harimau Malaya berazam untuk beraksi bermati-matian ketika berdepan Indonesia Ahad ini dalam usaha mengesahkan slot ke separuh akhir Piala Suzuki AFF 2020.

Menurut pemain negara, R Kogileswaran, biarpun masih diselubungi kekecewaan setelah tewas kepada Vietnam Ahad lalu, namun kebanyakan pemain kini bersemangat untuk kembali bangkit pada aksi terakhir Kumpulan B berdepan Indonesia.

“Sudah pasti, kita semua nak atasi rasa kecewa kekalahan kepada Vietnam dan pemain memang telah memberikan fokus untuk menentang Indonesia dan kita nak main bermati-matian.

“Kita ada masa seminggu untuk melakukan persiapan dan memang selepas kekalahan itu semua pemain sedih, tapi paling penting kita kena mengatasi rasa sedih, kecewa itu untuk lebih fokus menentang Indonesia.

“Saya juga berharap semua pemain yakin tetapi jangan terlalu yakin apabila berdepan Indonesia nanti,” katanya.

Untuk rekod skuad negara kini tidak mempunyai pilihan selain menewaskan Indonesia untuk mara ke separuh akhir susulan kekalahan 0-3 kepada Vietnam, hujung minggu lalu.

Mengulas mengenai prestasi pemain-pemain skuad Harimau Malaya, Kogileswaran mengakui berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan oleh setiap pemain yang dilihat semakin baik dari sehari ke sehari.

Malah katanya, dia turut berpuas hati dengan prestasi dirinya khususnya sehingga berjaya menjaringkan satu gol bagi membantu kemenangan skuad negara pada kejuaraan kali ini.

Artikel Berkaitan:

“Secara keseluruhannya, pemain dilihat bersemangat menjelang perlawanan berkenaan dan semuanya kelihatan begitu fokus dan bagi saya sendiri, saya memang sangat berpuas hati kerana berjaya menjaringkan gol ketika menentang Kemboja dan kemudian melakukan assist ketika menentang Laos.

“Apa pun yang penting kali ini adalah bagaimana untuk bangkit menentang Indonesia dan layak ke peringkat seterusnya,” katanya.