Penyelia maut motosikal terbabas langgar pagar rumah

Lokasi kemalangan yang mengorbankan nyawa mangsa selepas motosikal ditunggang terbabas melanggar pagar rumah di Bandar Indera Mahkota 2 di sini pada awal pagi Selasa.
Lokasi kemalangan yang mengorbankan nyawa mangsa selepas motosikal ditunggang terbabas melanggar pagar rumah di Bandar Indera Mahkota 2 di sini pada awal pagi Selasa.
A
A
A

KUANTAN - Seorang penyelia sebuah syarikat pembinaan maut apabila motosikal yang ditunggang terbabas lalu melanggar pagar sebuah rumah di Bandar Indera Mahkota 2, di sini pada awal pagi Selasa.

Dalam kemalangan kira-kira jam 1 pagi itu, mangsa, Boo Kim Chai, 48, yang cedera parah di kepala disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya dari arah bandar Kuantan.

Menurutnya, ketika tiba di lokasi kejadian, motosikal mangsa hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar pagar sebuah rumah.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Wan Zahari berkata, siasatan mendapati kemalangan akibat terbabas sendiri dan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan: