Sultan Selangor berangkat ke majlis santapan
SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke Majlis Santapan Diraja bersama exco kerajaan negeri di Shah Alam pada Ahad.
Baginda berangkat ke majlis berkenaan dengan diiringi Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin.
Turut berangkat ke majlis santapan itu ialah Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Hadir sama, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengetuai exco kerajaan negeri Selangor.