Shahril Ridza pengerusi baharu Axiata

816949cabc628c8771c1d672ecc8810b
816949cabc628c8771c1d672ecc8810b
A
A
A

TAN Sri Shahril Ridza Ridzuan dilantik sebagai pengerusi baharu Axiata Group Bhd berkuatkuasa 1 Januari tahun depan bagi menggantikan Tan Sri Ghazzali Sheikh Abdul Khalid yang akan bersara daripada jawatan tersebut.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Izzaddin Idris mengucapkan terima kasih kepada Ghazzali yang banyak menyumbang kepada pertumbuhan syarikat sejak 2008.

"Beliau adalah ahli Lembaga Pengarah yang paling lama berkhidmat sejak penubuhannya dan memacu Axiata mendepani tempoh mencabar ke arah kecemerlangan sejak beberapa tahun.

"Beliau merupakan seorang diplomat terkemuka dan amat dihormati dengan pengalaman 40 tahun berkhidmat dalam misi antarabangsa, sumbangannya kepada kumpulan adalah mendalam dari segi meningkatkan tadbir urus, kecemerlangan dan ketelusan," katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, beliau mengalu-alukan Shahril Ridza dalam syarikat dan yakin dengan kepakaran yang dimiliki selain pengalaman dan rangkaian perhubungannya yang luas.

“Kami menantikan pandangan dan cabaran baharu daripada beliau. Berdasarkan perniagaan syarikat telekomunikasi digital, perniagaan digital dan infrastruktur kami berada pada kedudukan untuk memacu dan meningkatkan penyertaan digital di seluruh Asia yang sedang pesat membangun, kami melihat masa depan dengan yakin diterajui oleh kepimpinannya,” katanya.

Artikel Berkaitan: