Peguam Ratna tak faham kertas pertuduhan

Ratna didakwa kerana menyebarkan fitnah dan ucapan kebencian mengikut Akta Maklumat Elektronik dan Penyebaran.
Ratna didakwa kerana menyebarkan fitnah dan ucapan kebencian mengikut Akta Maklumat Elektronik dan Penyebaran.
A
A
A

JAKARTA - INDONESIA. Pendakwa raya meminta panel hakim menolak nota bantahan (pengecualian) dikemukakan peguam Ratna Sarumpaet.

Ratna, bekas anggota pasukan kempen pencabar Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, dituduh menyebarkan fitnah dan kata-kata kebencian di media sosial.

"Mengisytiharkan nota bantahan/pengecualian adalah tindakan melampau kerana peguam Ratna tidak faham pertuduhan dikenakan ke atas defendan," kata pendakwa raya dalam sesi pendengaran di Mahkamah Daerah Jakarta Selatan, semalam.

Pendakwa raya menegaskan bahawa kertas pertuduhan yang dibacakan pada Khamis lalu telah dibuat dengan teliti, jelas dan lengkap berhubung perihal jenayah dan tempat jenayah itu dilakukan.

Tambahnya, kertas pertuduhan itu sah dan memenuhi syarat-syarat ditetapkan dalam Pasal 143 ayat 2 Kanun Prosedur Jenayah.

Di samping itu, pendakwa raya meminta panel hakim meneruskan perbicaraan kes berkenaan.

Media Indonesia melaporkan, Ratna, 69, mendakwa dia diserang tiga lelaki di Bandung pada September lalu, selepas gambar mukanya yang bengkak tersebar di media sosial.

Sehari kemudian, aktivis itu mengaku berbohong dan bengkak pada mukanya akibat rawatan kecantikan, termasuk menyedut lemak.

Artikel Berkaitan:

Dakwaan palsu Ratna itu bertukar menjadi isu politik selepas Prabowo berjumpanya dan ‘mengecam’ serangan terhadapnya, termasuk akan bertemu Ketua Polis Kebangsaan Jeneral Tito Karnavian mengenai ‘salah laku hak asasi manusia’.

Ratna memohon maaf kepada Prabowo dan orang ramai, terutama penaung Parti Amanat Nasional (PAN) Amien Rais yang ‘mendengar pembohongan saya dengan sabar’. - Agensi