Presiden Afrika dijangkiti Covid-19

Cyril Ramaphosa - Foto AFP
Cyril Ramaphosa - Foto AFP
A
A
A

JOHANNESBURG - Presiden Afrika Selatan, Cyril Ramaphosa yang sudah mendapat dua suntikan vaksin telah dijangkiti Covid-19 pada Ahad dan kini sedang menerima rawatan.

Ramaphosa mula berasa tidak sihat selepas menghadiri majlis peringatan negara untuk bekas Presiden negara itu, FW de Klerk di Cape Town yang baru-baru ini meninggal dunia tetapi keadaan kesihatannya dipantau rapi oleh doktor.

Beliau dijangkiti Covid-19 selepas varian baharu Omicron pertama kali dikesan di Afrika Selatan pada bulan lalu sehingga mencetuskan panik di seluruh dunia kerana bimbang ia lebih mudah menular berbanding varian lain.

Ramaphosa akan kekal mengasingkan diri di Cape Town buat masa ini dan telah menyerahkan semua tugas bagi mentadbir negara kepada Timbalan Presiden, David Mabuza sehingga minggu depan.

Orang ramai yang pernah menjadi kontak kepada Presiden tersebut dinasihatkan untuk menjalani ujian pengesanan pandemik itu. - Agensi

Artikel Berkaitan: