Lebih RM6 juta dikutip dalam empat hari

Polis Terengganu merekodkan kutipan saman berjumlah RM6.09 juta dalam tempoh empat hari menerusi tawaran diskaun saman trafik sempena program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia. - Gambar hiasan
Polis Terengganu merekodkan kutipan saman berjumlah RM6.09 juta dalam tempoh empat hari menerusi tawaran diskaun saman trafik sempena program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia. - Gambar hiasan
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Polis Terengganu merekodkan kutipan saman berjumlah RM6.09 juta dalam tempoh empat hari menerusi tawaran diskaun saman trafik sempena program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa berkata, bermula Khamis lepas hingga 8 malam Ahad, sebanyak 371,042 saman trafik atas pelbagai kesalahan telah dilunaskan orang ramai di kaunter bayaran saman trafik seluruh Ibu Pejabat Daerah Polis Terengganu.

“Sejumlah 32,129 orang hadir membuat bayaran di kaunter bermula dari hari pertama pelaksanaan tawaran diskaun sehingga kaunter ditutup pada jam 6 petang semalam (Ahad),” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Rohaimi berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Terengganu menasihati orang ramai agar membuat perancangan untuk menyelesaikan saman trafik dan tidak menunggu pada saat akhir bagi mengelak berlaku kesesakan semasa mengunjungi kaunter saman kelak.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani sebelum ini berkata, tempoh tawaran diskaun pembayaran saman yang dijadual berakhir pada Ahad, telah dilanjutkan sehingga 31 Disember ini.

Katanya, hal ini kerana PDRM menerima sambutan yang amat menggalakkan daripada orang ramai terhadap tawaran diskaun saman berkenaan. - Bernama

Artikel Berkaitan: