Karnival Kerjaya Keluarga Malaysia, 233 orang ditawar pekerjaan

Karnival Kerjaya Keluarga Malaysia yang berlangsung sempena Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia, berjaya menawarkan pekerjaan kepada 233 individu manakala 1,259 orang lagi, layak ke proses temu duga peringkat kedua.(Gambar hiasan) - Foto Bernama
Karnival Kerjaya Keluarga Malaysia yang berlangsung sempena Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia, berjaya menawarkan pekerjaan kepada 233 individu manakala 1,259 orang lagi, layak ke proses temu duga peringkat kedua.(Gambar hiasan) - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Karnival Kerjaya Keluarga Malaysia yang berlangsung sempena Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia, berjaya menawarkan pekerjaan kepada 233 individu manakala 1,259 orang lagi, layak ke proses temu duga peringkat kedua.

Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dalam satu kenyataan menyatakan sepanjang karnival tiga hari ini, seramai 6,500 pencari kerja dari pelbagai golongan termasuk graduan dan orang kurang upaya (OKU) telah mendaftarkan diri.

Kenyataan itu menyatakan 75 majikan daripada pelbagai sektor dan industri yang mengadakan temu duga terbuka secara bersemuka di karnival itu, menawarkan lebih 24,100 jawatan kosong.

“Antara majikan yang membuat pengambilan pekerja tertinggi adalah UMW Corporation, Malaysia Automotive Robotics and IoT Institute (MARii), 7 Eleven Malaysia dan Bank Muamalat,” menurut kenyataan dikeluarkan Perkeso itu.

Sementara itu kenyataan itu menyatakan Kementerian Sumber Manusia (KSM) menerusi Perkeso akan menganjurkan Karnival Kerjaya OKU pada 14 Disember ini di Dewan Tun Dr Ismail, Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur.

“Karnival pekerjaan sehari, khas buat golongan OKU ini akan melibatkan penyertaan daripada 16 buah majikan pelbagai sektor seperti Padini, AEON, McDonald’s Malaysia, Nando’s, Kyochon, HDTEC Energy, Teleperfomance Malaysia dan Apar Technologies yang menawarkan lebih 1,967 jawatan kosong,” menurut kenyataan itu lagi.

Perkeso dalam kenyataan itu juga menyeru dan mempelawa golongan OKU yang aktif mencari pekerjaan untuk menyertai karnival ini dengan membuat pra-pendaftaran menerusi pautan https://bit.ly/KarnialOKU2, selain berpeluang menerima Insentif Mobiliti di bawah program Penjana Kerjaya sehingga RM1,000 jika ditawarkan pekerjaan. - Bernama

Artikel Berkaitan: