X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 05 Julai 2022

Konvoi berakhir di Dataran Pantai Morib

Nurhayati Norden menyampaikan cenderahati kepada M Nizam Mahshar sebagai tanda terima kasih atas sokongan yang diberikan kepada Rasuah Busters sempena aktiviti singgah santun di Dataran Pantai Morib, Banting, Selangor.
A
A

BANTING - Aktiviti singgah santun di Dataran Pantai Morib, Selangor menjadi destinasi terakhir Konvoi #RasuahBusters di Lembah Klang setelah bermula Khamis lalu.

Meskipun cuaca agak mendung di Pantai Morib, namun aktiviti bersama orang ramai yang telah disusun atur tetap berjalan lancar.

Program bertemu orang ramai itu diserikan lagi dengan kehadiran Presiden Ikatan Inteligensia Membangun Malaysia (I2MAM), Datuk M Nizam Mahshar dan Timbalan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Langat, Arpaaii Sanat.

Hadir sama, Ketua Sekretariat Rasuah Busters, Nurhayati Norden.

Konvoi #RasuahBusters sebelum itu sempat mendekati penduduk Kampung Kamchong Darat, Selangor.

Aktiviti sukan santai yang diadakan bersama penduduk setempat mendapat sambutan hangat.

Bukan sahaja ramah, masyarakat di perkampungan tersebut sangat menghormati tetamu dengan menyajikan makanan tradisional dan air kelapa segar kepada rombongan Konvoi #RasuahBusters.

ARTIKEL BERKAITAN:Rasuah: Kaya duniawi, miskin akhirat

ARTIKEL BERKAITAN:Konvoi #RasuahBusters dekati anak yatim


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!