Produk Sarawak berpotensi dipasarkan di platform digital

Annuar Musa - Foto Bernama
Annuar Musa - Foto Bernama
A
A
A

KUCHING - Sarawak memiliki pelbagai produk yang berpotensi besar untuk diketengahkan kepada dunia melalui platform digital, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa.

Beliau berkata, produk seperti hasil seni kraf tangan, makanan, destinasi pelancongan dan budaya boleh menjadi sumber ekonomi digital buat usahawan di Bumi Kenyalang.

Annuar berkata, melalui program Jelajah #SayaDigitalKeluargaMalaysia, usahawan Sarawak berpeluang mempelajari selok-belok dan menyertai platform digital serta e-dagang bagi meluaskan pasaran produk mereka.

“Untuk sertai e-dagang, kita perlu belajar dengan betul. Ada usahawan yang mempunyai produk bagus tetapi penjenamaan tidak bagus.

“(Melalui program Saya Digital) Kita nak latih cara untuk mencipta jenama yang bagus, pembungkusan dan bagaimana nak pilih masuk platform yang sesuai untuk jual produk mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Sembang Warung@Japen serta Jelajah #SayaDigitalKeluargaMalaysia pada Ahad.

Program Jelajah #SayaDigitalKeluargaMalaysia anjuran Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) bertujuan memastikan tiada jurang digital bagi peniaga kecil, sederhana dan usahawan mikro.

Mengulas lanjut, Annuar berkata, inisiatif Jelajah #SayaDigitalKeluargaMalaysia dimulakan bagi menyediakan kemahiran buat usahawan negara memasuki pasaran dunia yang lebih luas.

Artikel Berkaitan:

“Kita nak jadikan dunia digital ini sebagai satu gaya hidup dan membolehkan kita berhubung dengan dunia luar. Jika dulu nak berniaga perlu umur dalam 20 tahun ke atas tetapi sekarang ini, orang umur muda pun boleh berniaga.

“Dulu nak jual barang pada orang di Kuala Lumpur, kita perlu buka kedai di sana tetapi sekarang nak jual barang untuk orang di Amerika pun kita boleh jual dari sini,” ujarnya. - Bernama