[VIDEO] PRN: Annuar Musa ramal orang Melayu sokong PN

KOTA BHARU - [KEMAS KINI] Presiden Muafakat Nasional (MN), Tan Sri Annuar Musa meramalkan orang Melayu akan terus memberikan sokongan padu kepada Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.
Beliau berkata, ramalan itu dibuat berpandukan kepada pengalaman politiknya iaitu orang Melayu tidak akan mengikut keputusan dibuat pemimpin mereka yang dilihat sudah bercanggah.
"Orang Melayu sekarang tidak boleh diperkotak-katikkan oleh pemimpin yang mengajak untuk sokong DAP.