Motif kejadian buli pelajar MRSM masih dalam siasatan

Gambar pelajar yang dipercayai terlibat dalam kejadian buli di sebuah sekolah berasrama penuh di Kuala Kangsar yang dikongsi warganet di media sosial.
Gambar pelajar yang dipercayai terlibat dalam kejadian buli di sebuah sekolah berasrama penuh di Kuala Kangsar yang dikongsi warganet di media sosial.
A
A
A

IPOH - Motif dan punca kejadian buli membabitkan pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar masih dalam siasatan polis.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, setakat ini enam pelajar yang disyaki terlibat dalam kejadian itu telah dipanggil untuk memberi keterangan.

Menurutnya, polis akan memanggil empat lagi pelajar sekolah berkenaan bagi membantu siasatan lanjut.

"Motif kejadian masih dalam siasatan.

"Setakat ini, 10 pelajar lelaki telah dipanggil untuk beri keterangan. Enam daripada mereka sudahpun selesai beri keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar dan empat lagi akan hadir pada malam ini," katanya ketika dihubungi pemberita di sini pada Sabtu.

Beliau berkata, daripada 10 yang dipanggil itu, sembilan pelajar berusia 13 tahun manakala seorang berusia 15 tahun.

"Kesemua mereka akan dibebaskan dengan jaminan polis sebaik siasatan selesai," katanya.

Polis telah membuka kertas siasatan berhubung kes itu di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

Artikel Berkaitan:

Menerusi video tular berdurasi 10 saat itu, kelihatan sekumpulan pelajar mengambil giliran untuk menumbuk serta menendang seorang pelajar lain di asrama sekolah.

Beberapa lagi video berdurasi antara 13 hingga 30 saat turut dimuat naik memperlihatkan mangsa diarahkan kekal berdiri sebelum dia ditendang dari arah belakang selain ditumbuk beberapa kali pada bahagian perut.

ARTIKEL BERKAITAN: Polis Perak siasat video buli pelajar sekolah

Tujuh pelajar, mangsa dipanggil beri keterangan

Buli: Empat pelajar ditahan bantu siasatan

Buli: Dua lagi pelajar ditahan

ARTIKEL BERKAITAN: Mara diarah lakukan siasatan terperinci kes buli pelajar