Polis Perak siasat video buli pelajar sekolah

Tangkap layar video tular berkenaan kejadian buli yang didakwa berlaku di sebuah sekolah di Perak.
Tangkap layar video tular berkenaan kejadian buli yang didakwa berlaku di sebuah sekolah di Perak.
A
A
A

KAMPAR - Polis Perak menjalankan siasatan lanjut berhubung rakaman video kejadian buli membabitkan pelajar dipercayai dari sebuah sekolah di negeri tersebut yang tular di media sosial, pada Jumaat.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, pihaknya telah mengarahkan Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar untuk menyiasat perkara itu termasuk kesahihan dakwaan kejadian itu berlaku di negeri berkenaan.

"Saya baru terima video tular itu pagi ini dan telah mengarahkan polis Kuala Kangsar untuk menjalankan siasatan bagi mengetahui bila kejadian buli itu berlaku.

"Saya baca komen (tular) ada yang kata kejadian itu berlaku di Kuala Kangsar, tetapi belum pasti sama ada betul kejadian itu berlaku di sana, mungkin di tempat lain. Jadi biar kami siasat dulu dan dapatkan kesahihan," katanya ketika ditemui dalam Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis Daerah Kampar dan Pengerusi PERKEP Daerah Kampar di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kampar di sini, pada Jumaat.

Menurutnya, berdasarkan video yang dikongsi itu, memang nampak berlaku kejadian buli apabila mangsa ditumbuk di bahagian perut.

"Polis akan kongsi maklumat lanjut kejadian itu selepas siasatan dilakukan.

"Kadang-kadang kejadian berlaku sudah lama, tetapi tular semula. Saya belum dapat beri pengesahan, biar kami siasat dan dapat kesahihan dahulu," katanya.

Video berdurasi 10 saat itu tular di media sosial menunjukkan seorang pelajar menumbuk seorang pelajar lain di percayai dalam asrama.

Artikel Berkaitan:

Video berkenaan tular di Twitter dan mendapat perhatian warganet dengan tontonan sebanyak 528,000 serta lebih kurang 30,000 perkongsian.