Buli: Empat pelajar ditahan bantu siasatan

Gambar pelajar yang dipercayai terlibat dalam kejadian buli di sebuah sekolah berasrama penuh di Kuala Kangsar yang dikongsi warganet di media sosial.
Gambar pelajar yang dipercayai terlibat dalam kejadian buli di sebuah sekolah berasrama penuh di Kuala Kangsar yang dikongsi warganet di media sosial.
A
A
A

IPOH - Empat pelajar yang dipercayai menjadi suspek utama kejadian buli di sebuah sekolah berasrama penuh di Kuala Kangsar yang videonya tular di media sosial telah ditahan polis.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, keempat-empat pelajar berusia 13 tahun itu ditahan ketika hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar antara jam 6 hingga 7 petang pada Jumaat.

"Empat pelajar telah ditahan petang tadi (Jumaat) untuk siasatan lanjut," katanya ringkas di sini.

Polis telah membuka kertas siasatan berhubung kes itu di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 233 Akta komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

Mior Faridalathrash dalam kenyataan sebelum ini memberitahu, tujuh remaja bersama seorang mangsa masing-masing berusia 13 tahun dikenal pasti terlibat dalam kes berkenaan.

Kesemua mereka yang juga pelajar Tingkatan Satu itu bersama pemilik akaun media sosial yang menularkan video kejadian tersebut telah dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Polis Perak siasat video buli pelajar sekolah

Tujuh pelajar, mangsa dipanggil beri keterangan

Artikel Berkaitan: