527 pelajar di Parlimen Lipis terima bantuan YPM

Abdul Rahman (tengah) bergambar kenangan bersama tetamu dan penerima yang hadir sempena program tersebut di SK Penjom, Lipis pada Sabtu.
Abdul Rahman (tengah) bergambar kenangan bersama tetamu dan penerima yang hadir sempena program tersebut di SK Penjom, Lipis pada Sabtu.
A
A
A

LIPIS - Seramai 527 pelajar di Parlimen Lipis di sini menerima manfaat bantuan membabitkan jumlah RM41,700 sempena program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Pendidikan Yayasan Pelajaran Mara (YPM) di Parlimen tersebut.

Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar 1 yang juga Ahli Parlimen Lipis, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, ia melibatkan bantuan Kembali ke Sekolah meliputi kelengkapan persekolahan dan wang tunai sebanyak RM12,000 kepada 200 pelajar.

Menurutnya, sebanyak 100 pelajar menerima bakul makanan secara keseluruhan bernilai RM7,000.

"Selain itu, turut diagihkan Bantuan Khas Persekolahan YPM kepada tiga buah sekolah iaitu RM13,000 kepada Sekolah Menengah Agama (SMA) Lipis, Sekolah Kebangsaan LKTP Felda Kechau (RM4,700) dan SK Penjom (RM5,000,).

"Setakat ini, sebanyak RM130,200 telah disalurkan oleh YPM di Parlimen Lipis pada tahun ini melibatkan 2,553 pelajar bagi pelbagai program bantuan pendidikan," katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar di Dewan Permata SK Penjom di sini pada Sabtu.

Mohd Nizar (dua,kiri) menyerahkan replika cek kepada Amin Nollah(kanan) yang disaksikan oleh Abdul Rahman (tengah) dalam majlis di SK Penjom, Lipis pada Sabtu.
Mohd Nizar (dua,kiri) menyerahkan replika cek kepada Amin Nollah(kanan) yang disaksikan oleh Abdul Rahman (tengah) dalam majlis di SK Penjom, Lipis pada Sabtu.

Hadir sama, Pengerusi Eksekutif YPM, Datuk Dr.Mohd Nizar Sudin, Pengarah Kementerian Pembangunan Luar Bandar Pahang, Datuk A Aruwan Ab Aziz, Pegawai Daerah Lipis, Datuk Mohd Hafizi Ibrahim, Pegawai Pendidikan Daerah Lipis, Amin Nollah Lateh dan Pengarah Mara Pahang, Soffian Mustafa.

Ujar beliau lagi, program yang berlangsung di seluruh negara itu dilakukan secara berterusan dari semasa ke semasa untuk membantu golongan memerlukan.

Artikel Berkaitan:

"Untuk seluruh negara, YPM telah membelanjakan sebanyak RM3.6 juta pada tahun ini dengan Pahang sahaja, yayasan telah membelanjakan sebanyak RM797,050 melibatkan 9,042 pelajar," jelasnya.

Sementara itu, bagi Guru Besar SK Penjom, Borhan Long, beliau menghargai keprihatinan YPM membantu pelajar yang memerlukan.

Borhan Long
Borhan Long

"Seramai 50 murid sekolah ini menerima bantuan tunai menerusi sumbangan YPM kali ini," tambahnya.

Pengetua SMK Clifford, Ramly Rasul pula menyifatkan bantuan itu dapat meningkatkan lagi moral pelajar untuk meraih keputusan lebih baik dalam pembelajaran mereka.