1,099 pelajar IPT terima bantuan SDEP YPM

Mohd Nizar (dua kiri) menyerahkan bantuan bakul makanan YPM kepada seorang pelajar UUM pada Jumaat. Turut hadir Hendrik (kanan).
Mohd Nizar (dua kiri) menyerahkan bantuan bakul makanan YPM kepada seorang pelajar UUM pada Jumaat. Turut hadir Hendrik (kanan).
A
A
A

SINTOK - Seramai 1,099 orang pelajar institut pengajian tinggi (IPT) dari seluruh negara terdiri daripada pelajar B40 dan kurang berkemampuan dibantu oleh Yayasan Pelajaran MARA (YPM) melalui Skim Dana Ehsan Pendidikan (SDEP) YPM.

Pengerusi Eksekutif YPM, Datuk Dr Mohd Nizar Sudin berkata, jumlah bantuan tersebut membabitkan peruntukan sebanyak RM407,655.10 setakat Jumaat.

Menurutnya, skim ini diwujudkan bagi menyediakan bantuan dalam pelbagai bentuk antaranya bantuan kewangan, barangan keperluan pembelajaran kelengkapan pengajian dan lain-lain.

"Saya difahamkan hampir 70 peratus pelajar di UUM ini adalah mereka yang datang dari keluarga B40. Walaupun sumbangan yang diberikan ini agak sederhana namun kami mengharapkan ia dapat membantu.

"YPM juga berbesar hati untuk menjalankan aktiviti dengan universiti ini terutama melibatkan program tanggungjawab sosial (CSR) bersama yayasan ini melibatkan pelajar untuk menjadi sukarelawan," katanya dalam sidang akhbar di Universiti Utara Malaysia (UUM) selepas Majlis Penyerahan Bantuan Bakul Makanan dan Bantuan Pendidikan YPM kepada 100 orang pelajar UUM B40 terkesan akibat Covid-19, pada Jumaat.

Hadir sama Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) UUM, Prof Madya Dr Hendrik Lamsali, Dekan Hal Ehwal Pelajar, Prof Madya Dr Massudi Mahmuddin, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Pelajar UUM, Noor Azman Yusof, Pengarah Bahagian Perkhidmatan dan Sokongan Pelajar JHEP UUM, Profesor Madya Dr Rajwani Md Zain, Timbalan Ketua Pegawal Eksekutit YPM, Mat Zalani Mat Nawawi dan Pengurus Seksyen Bantuan Persekolahan YPM, Abdul Shukor lbrahim.

Tambah Mohd Nizar, 100 pelajar di UUM yang terpilih menerima bantuan keseluruhan berjumlah RM10,000.

Selain itu, YPM memberikan sumbangan pendidikan bernilai RM60,000 kepada 15 pelajar UUM melalui Program Semarak ilmu di bawah Seksyen Pendidikan Tertiari YPM bagi menampung pembiayaan pelajar dalam kategori asnaf dan B40.

Artikel Berkaitan: