X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 28 Jun 2022

Waktu operasi kaunter bayaran saman di semua IPD dilanjutkan

PDRM melanjutkan waktu operasi kaunter bayaran saman di semua IPD sehingga jam 5 petang bermula Jumaat sehingga Ahad ini. Gambar kecil: Ismail Man
A
A

KUALA TERENGGANU - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil inisiatif melanjutkan waktu operasi kaunter bayaran saman di semua Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) sehingga jam 5 petang bermula Jumaat sehingga Ahad ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Terengganu, Superintendan Ismail Man berkata, pelanjutan itu susulan sambutan menggalakkan yang diterima daripada orang ramai yang membuat pembayaran saman dengan diskaun 80 peratus ditawarkan bersempena Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) bermula pada Khamis.

"Jika sebelum ini kaunter bayaran saman dibuka di seluruh IPD bermula jam 8 pagi sehingga jam 4.30 petang sahaja tetapi bermula hari ini (Jumaat) tempoh masa operasi dilanjutkan sehingga jam 5 petang setiap hari sehingga Ahad.

"Diharap dengan inisiatif ini dapat memberi peluang serta kemudahan kepada orang ramai yang hendak menyelesaikan bayaran saman tertunggak," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Bersempena sambutan 100 hari AKM, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan PDRM menawarkan pengurangan bayaran saman (diskaun saman) sehingga 80 peratus dari 9 hingga 12 Disember.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!