Bintang Bollywood Katrina Kaif langsungkan perkahwinan

NEW DELHI - Katrina Kaif, antara bintang Bollywood paling berjaya, melangsungkan perkahwinannya pada Khamis, dua dekad selepas beliau datang ke India dari Britain.
"Hanya kasih sayang dan rasa syukur untuk segala-galanya yang membawa kami ke saat ini. Kami mengharapkan restu dan doa semua untuk kami memulakan perjalanan baru ini," memetik catatan Instagram yang dikongsi oleh Katrina, 38, dan suaminya yang juga seorang pelakon, Vicky Kaushal, 33.
Mereka mengikat tali pertunangan dalam majlis mewah di negeri barat Rajasthan dengan kehadiran selebriti filem, ahli keluarga dan tetamu lain.
Bapa Katrina yang dilahirkan di Hong Kong dan dibesarkan di London, Mohammed Kaif, seorang ahli perniagaan berketurunan Kashmir dan ibunya dari Britain, Suzanne Turquotte, berpisah ketika pelakon jelita itu masih kecil.
Katrina mempunyai tiga kakak, tiga adik perempuan dan seorang abang.
Media India sejak kebelakangan ini heboh dengan perkembangan terkini mengenai pasangan itu, persiapan perkahwinan, gosip dan perincian upacara perkahwinan mereka.
Katrina datang ke India ketika berusia 17 tahun dan membuat penampilan sulungnya dalam dunia kompetitif Bollywood dengan filem 'Boom' pada 2003.
Sebagai orang luar, Katrina pada mulanya bergelut dengan bahasa Hindi tetapi dapat mengatasinya untuk menjadi antara selebriti terkemuka Bollywood. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
- Iklan -Gabungan diketuai Arab Saudi pintas peluru berpandu balistik di Riyadh
13 Oktober 2026 09:10amBayi 28 hari maut, nenek didakwa suap telur mentah
13 Oktober 2026 08:40amDisangka mati, remaja tiba-tiba sedar dari dalam keranda
13 Oktober 2026 07:40amArab Saudi berdepan gelombang baharu serangan dron, peluru berpandu
13 Oktober 2026 07:33amWanita tempatan disyaki dirogol lelaki warga Bangladesh di pusat beli-belah
12 Oktober 2026 01:44pmBudak 11 tahun maut akibat tembakan 'ginsok' di kepala
12 Oktober 2026 05:28pmLelaki maut ketika curi kabel TNB
12 Oktober 2026 03:09pm- Iklan -- Iklan -
