Yusri letak jawatan ketua jurulatih Skuad Projek FAM-MSN

Yusri
Yusri
A
A
A

PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) mengumumkan peletakan jawatan Yusri Che Lah sebagai ketua jurulatih Skuad Projek FAM-MSN.

Setiausaha Agung FAM, Mohd Saifuddin Abu Bakar berkata, ia selepas pengendali berusia 45 tahun itu mendapat tawaran lain bagi meneruskan karier kejurulatihannya musim depan.

Jelasnya, meskipun kontraknya masih berbaki setahun bersama pasukan berkenaan, namun FAM dan Yusri telah mencapai persetujuan bersama untuk menamatkan kontrak tersebut.

"FAM mengucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Yusri atas khidmatnya sepanjang semusim mengendalikan Skuad Projek FAM-MSN bagi saingan Liga Premier 2021.

"Kami mendoakan agar beliau berjaya dengan karier baharunya nanti," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Dalam pada itu kata Saifuddin, FAM akan mengadakan sesi temuduga calon-calon dalam masa terdekat bagi mengisi kekosongan jawatan ketua jurulatih Skuad Projek FAM-MSN itu untuk menghadapi saingan Liga Premier 2022

Jelasnya, FAM akan mengumumkan ketua jurulatih baharu pasukan berkenaan selepas keputusan mengenai perkara tersebut diputuskan.

Artikel Berkaitan: