Selamatkan MAS, ia maruah negara: Najib

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Rakyat pastinya tidak akan bersetuju sekiranya syarikat penerbangan negara, Malaysia Airlines Berhad (MAS) dijual atau ditutup kerana ia merupakan kebanggaan rakyat Malaysia.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berpendapat, sekiranya Kerajaan PH memilih opsyen untuk menutup dan menjual MAS ia merupakan langkah yang salah.

"Ia langkah yang salah sebab MAS adalah kebanggaan negara. Ia perlu diteruskan kerana MAS adalah penerbangan negara, dan perlu ada langkah pembaikpulihan.

"Sewaktu saya jadi Pengerusi Khazanah, langkah baikpulih yang dirancang membuahkan hasil namun ia perlu lebih banyak masa.

"Tidak ada sebab mengapa MAS perlu dijual dan ditutup. Itu langkah yang salah dan tentunya rakyat tidak akan sokong langkah itu,” katanya ketika ditemui media di lobi Parlimen, hari ini.

Malah, Ahli Parlimen Pekan itu juga, tidak menerima sekiranya ada syarikat penerbangan lain menggantikan MAS.

"Kita tidak boleh ganti penerbangan negara dengan penerbangan lain. Hampir semua negara ada penerbangan kebangsaan.

"Kita (dulu) ada pelan pemulihan. Jadi perlu kembali kepada rancangan itu. Kita yakin semasa saya masih berjawatan, bahawa kita mampu untuk membaik pulih MAS.

Artikel Berkaitan:

"Kita lakukan pemberhentian sukarela besar-besaran dan kita turunkan jumlah pekerja dalam MAS dan kita sudah keluarkan laluan yang tidak sesuai dan kita tidak teruskan laluan itu. Tapi saya rasa MAS turut terkesan dengan pengurangan pelancong dari luar negara ke negara ini khususnya China,” ujarnya.

Terdahulu, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kerajaan terbuka untuk mendepani sebarang kemungkinan sebarang kemungkinan yang bakal dihadapi bagi menangani kerugian berterusan yang ditanggung syarikat penerbangan itu.

Katanya, kerajaan perlu membuat keputusan berdasarkan beberapa pilihan sama ada syarikat penerbangan negara tersebut akan ditutup atau dijual atau membuat pembiayaan semula.

ARTIKEL BERKAITAN: Tutup MAS: Kerajaan timbang semua kemungkinan