X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 17 Mei 2022

Mahkamah Rayuan setuju Najib 'pengarah bayangan' SRC

Najib
A
A

PUTRAJAYA – Panel hakim Mahkamah Rayuan di sini pada Rabu, bersetuju dengan dapatan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menyatakan bahawa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak adalah pengarah bayangan bagi syarikat SRC International Sdn Bhd.

Ketika membaca keputusan penghakiman dalam bahasa Inggeris, Hakim Datuk Abdul Karim Abdul Rahman berkata, ada keterangan menunjukkan bahawa pengarah-pengarah dalam SRC telah dilantik oleh Najib sendiri.

Menurutnya, ia adalah sepertimana yang dinyatakan dalam surat bertarikh 1 Ogos 2011.

Katanya, Najib selaku perayu yang mana ketika itu menjawat jawatan Perdana Menteri, adalah satu-satunya individu yang boleh melantik atau memecat mana-mana pengarah SRC.

“Ada bukti yang menunjukkan perayu mengeluarkan perintah supaya mereka patuh dengan arahannya malah tiada pula bukti menunjukkan mereka boleh ingkar dengan arahan tersebut,” jelasnya.

Selain itu beliau berkata, mahkamah mendapati bahawa Mahkamah Tinggi telah membuat kesimpulan yang tepat berhubung konsep pengarah bayangan itu.

Ia katanya, terkandung dalam takrifan pengarah seperti mana mengikut Seksyen 402A Kanun Keseksaan yang bermaksud ejen termasuk pengarah syarikat, ditakrifkan sebagai seorang yang dilantik dengan sewajarnya dan memegang jawatan sedemikian.

Menurutnya, pengarah bayangan juga merujuk kepada seorang yang mengeluarkan arahan seperti kebiasaan pengarah syarikat bertindak.

ARTIKEL BERKAITAN:Keputusan rayuan kes SRC Najib dibaca menerusi Zoom

ARTIKEL BERKAITAN:Mahkamah Persekutuan ‘talian hayat’ terakhir

ARTIKEL BERKAITAN:Najib gagal hadir, mahkamah beri pilihan penjara atau zoom

ARTIKEL BERKAITAN:Permohonan Najib hanya lambatkan keputusan rayuan: Pendakwaan

ARTIKEL BERKAITAN:Kronologi kes SRC

ARTIKEL BERKAITAN:Najib kekal bersalah

ARTIKEL BERKAITAN:Terkuburkah karier politik Bossku?


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!