Ceroboh rumah api, tanda arah suar berdepan tindakan undang-undang

Kenyataan media JLM pada Rabu.
Kenyataan media JLM pada Rabu.
A
A
A

PELABUHAN KLANG - Jabatan Laut Malaysia (JLM) tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang menceroboh dan memasuki semua premis rumah api dan tanda arah suar di bawah seliaannya tanpa kebenaran rasmi.

JLM dalam satu kenyataannya memaklumkan, usaha memasuki premis rumah api atau tanda arah suar tanpa kebenaran rasmi daripada JLM dianggap sebagai satu bentuk pencerobohan terhadap aset kerajaan.

"JLM tidak pernah melantik mana-mana kelab atau persatuan atau orang perseorangan bagi menguruskan pengangkutan ke rumah api atau tanda arah suar bagi menjalankan sebarang aktiviti rekreasi di kawasan itu," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Menurut kenyataan itu, sebarang aktiviti rekreasi boleh mengakibatkan kecederaan yang serius dan risiko kehilangan nyawa.

"Reka bentuk dan lokasi rumah api dan tanda arah saur dibina secara khusus bagi tujuan tersebut dan sangat tidak sesuai untuk sebarang aktiviti rekreasi seperti memancing, terjunan, renang dan sebagainya.

Kenyataan itu memberitahu, bangunan rumah api dan binaan tanda arah suar sama ada di daratan, pesisir pantai atau di laut di seluruh negara merupakan aset kerajaan di bawah tanggungjawab JLM.

"Premis ini dibina bertujuan sebagai penanda daratan dan juga petunjuk arah selamat alur pelayaran yang menjadi panduan navigasi kepada kapal," jelas kenyataan itu.

Artikel Berkaitan: