Anda boleh skor mudah dengan SPM PRO+

A
A
A

 Dari kiri: Sir Iqbal, Sir Ifwat dan Sir Syahmi yang merupakan tutor professional SPM PRO+
 Dari kiri: Sir Iqbal, Sir Ifwat dan Sir Syahmi yang merupakan tutor professional SPM PRO+

Dengan gabungan tutor muda dan dikenali ramai, menjadikan siri pendidikan terbaharu Astro ini lebih seronok dan manfaatkan pelajar

KUALA LUMPUR – Daripada rantaian siri kegemaran ramai, ‘Oh My English’ hinggalah siri popular,‘SMK Study Squad’, Astro terus komited dalam menyajikan kandungan pendidikan menarik dan menghiburkan sesuai untuk tontonan seisi keluarga tanpa mengira latar belakang dan peringkat umur.

Terkenal sebagai salah satu pemain utama industri yang sentiasa menzahirkan sajian kandungan pendidikan yang segar dan berinovatif, Astro sekali lagi menerbitkan sebuah siri pendidikan terkini berbentuk ‘edutainment’ yang menghiburkan menerusi ‘SPM PRO+’, bagi membuktikan kedudukannya sebagai salah satu organisasi tanah air yang sentiasa menitikberatkan elemen pendidikan untuk golongan pelajar.

Penolong Naib Presiden, Penciptaan Kandungan - GenNext Studio Astro, Yasmin Yahya
Penolong Naib Presiden, Penciptaan Kandungan - GenNext Studio Astro, Yasmin Yahya

Penolong Naib Presiden, Penciptaan Kandungan - GenNext Studio Astro, Yasmin Yahya berkata, Astro sebelum ini melaksanakan penyelidikan pasaran secara menyeluruh dan mendapati bahawa pandemik Covid-19 telah membuatkan sesi pembelajaran semakin mencabar dalam kalangan pelajar sekolah, terutamanya kepada mereka yang sedang bersiap sedia untuk menduduki peperiksaan penting seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Oleh sebab itu, dalam usaha untuk membantu pelajar-pelajar ini, kami telah mencipta kandungan baharu - SPM PRO+ bertujuan untuk mengurangkan tekanan mereka semasa menghadapi peperiksaan ini kelak,” beritahu Yasmin.

Menerusi rancangan akademik baharu tersebut, Astro telah mengumpulkan gabungan ‘profesional’ yang terdiri daripada tutor muda dan popular yang menjadikan sesi pembelajaran lebih menyeronokkan di samping memberikan manfaat para pelajar.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

“Barisan tutor yang berwibawa ini terdiri daripada Iqbal Ahyar, Ifwat Rosdi, Syahmi Azizi, Syuhadak Seplee, Maryam Khan, Farez Atan dan PU Azman, masing-masing membawa misi utama iaitu ingin membantu pelajar mencapai kejayaan dalam SPM.

“Siri ini juga bertujuan mengurangkan tekanan pelajar semasa mereka menyiapkan diri untuk peperiksaan SPM akan datang menerusi kaedah yang lebih canggih dan kontemporari,”jelas Yasmin.

Saksikan SPM PRO+ On Demand dan di Astro GO atau tonton setiap hari dari Isnin hingga Sabtu jam 9.00 malam di saluran Astro Tutor TV (CH603).

SPM PRO+ merangkumi semua mata pelajaran teras – Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, Sejarah, Pendidikan Moral dan Pendidikan Islam yang mana setiapnya mengikuti format Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) terkini.

No Image Caption

Terdapat sejumlah 180 episod dalam siri ini dan setiap episod berdurasi 7 minit.

SPM PRO+ komited membantu pelajar Tingkatan 4 dan 5 mengemudi topik dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang akan dinilai dalam peperiksaan SPM melalui contoh-contoh soalan, Petua PRO+ dan kandungan pembelajaran berguna yang lain.

Penolong Naib Presiden Kandungan Asal Astro, Edison Cheam
Penolong Naib Presiden Kandungan Asal Astro, Edison Cheam

Menurut Penolong Naib Presiden Kandungan Asal Astro, Edison Cheam,selain kandungan video, pihak Astro juga menawarkan kandungan pendidikan 360 darjah (secara menyeluruh) dalam talian.

“Pelajar juga boleh mengakses nota ringkas tambahan, soalan latihan dan video lain di Upped (www.upped.com.my), portal pendidikan Astro secara percuma.

“Laman web ini akan memuatnaik rujukan terkini subjek-subjek yang disiarkan di SPM PRO+ dan juga subjek-subjek yang tidak diliputi dalam rancangan tersebut seperti Kimia, Fizik, Biologi, Ekonomi, Perakaunan, Perniagaan dan Matematik Tambahan, ”kata Edison.

Sejak bertahun lamanya Astro telah mengambil pelbagai langkah proaktif untuk memantapkan agenda pendidikan negara. Pada awal tahun ini, siri pendidikan terbitan Astro, ‘SMK: Study Squad’ berjaya meraih lebih 1.46 juta tontonan, seterusnya menjadikan ia rancangan akademik yang paling banyak ditonton di negara ini.

Astro juga telah mengeluarkan beberapa rancangan pendidikan lain yang mantap seperti Misi Studi SPM, Pelan A+ SPM dan Dekoded. Selain melengkapkan semua 10,000 sekolah kerajaan, 5 asrama dan satu pusat belia di Malaysia Timur dengan Astro dekoder, yayasan yang bertanggungjawab menjalankan sosial korporat di bawah Astro, Astro Kasih turut menyumbangkan 30 komputer riba kepada sekolah rendah untuk membantu murid-murid dengan pembelajaran dalam talian.

Semua program pendidikan Astro boleh distrim melalui aplikasi Astro GO dan On Demand menerusi Astro PVR Box atau Ultra Box. Dapatkan matlumat lebih lanjut di https://astro.com.my/HowTo.