Kerangka kerja pengurusan sisa pepejal siap tahun depan

Ismail Abd Muttalib
Ismail Abd Muttalib
A
A
A

PUTRAJAYA - Kerangka kerja pengurusan sisa pepejal yang menekankan amalan 3R - pengurangan pembaziran, guna semula dan kitar semula - akan disiapkan tahun hadapan, kata Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ismail Abd Muttalib.

Buat permulaan katanya, kerangka itu akan melibatkan sektor industri bagi mendorong penggiat industri menguruskan sisa secara teratur, melalui konsep ekonomi kitaran dalam usaha mencapai sasaran sifar sisa yang dihantar ke tempat pelupusan sampah.

Bercakap kepada media selepas melancarkan Sambutan Hari Habitat Sedunia peringkat negara 2021 di sini pada Selasa, Ismail berkata, kilang yang menghasilkan produk minuman berkotak perlu mengurus semula kotak itu, melalui proses kutipan yang mesra alam seperti yang sedang dilaksanakan beberapa syarikat antaranya Nestle dan F&N.

“Masyarakat khususnya pihak industri perlu dididik dan diberi kesedaran tentang pentingnya mengurus sisa dengan teratur. Tidak menguruskan sisa dengan baik akan memberi kesan langsung kepada pencemaran udara, sungai serta menyebabkan penyakit seperti sesak nafas, denggi, alahan kulit dan kanser,” ujar beliau.

Kata beliau, perbincangan lanjut mengenai inisiatif sifar sisa yang dihantar ke tempat pelupusan sampah akan diadakan dengan Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) bagi mencari jalan penyelesaian.- Bernama

Artikel Berkaitan: