'Pembekal, peniaga ayam beri alasan dedak naik harga'

Adnan (kanan) bertanya sesuatu kepada peniaga ayam ketika Program Walkabout Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC), Tunjong, Kota Bharu pada Selasa.
Adnan (kanan) bertanya sesuatu kepada peniaga ayam ketika Program Walkabout Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC), Tunjong, Kota Bharu pada Selasa.
A
A
A

KOTA BHARU - Harga dedak naik merupakan alasan paling banyak diterima Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan daripada pembekal dan peniaga ayam mentah sehingga mendorong kenaikan harga ayam di negeri ini.

Pengarah KPDNHEP Kelantan, Adnan Abd Rahman berkata, pembekal dan peniaga mendakwa menerima bekalan ayam dengan harga lebih tinggi berbanding sebelum ini.

“Peniaga menerima bekalan ayam daripada pembekal dengan modal yang lebih tinggi berbanding harga biasa.

“Mereka memberikan alasan bahawa harga dedak naik menyebabkan harga ayam juga naik sehingga mencecah RM9 sekilogram atau lebih tinggi,” katanya pada sidang akhbar di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjong di sini pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Langkah benar import ayam dijangka bantu turun harga di pasaran

MAFI jamin harga barang keperluan asas kembali pulih masa terdekat

Jual ayam, sayur, telur mahal, 162 peniaga Kelantan diberi notis

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Program Walkabout Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia bagi memantau harga maksimum barangan terpilih.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Adnan berkata, setakat ini belum ada sebarang kompaun dikeluarkan kepada peniaga atau pembekal berkaitan isu kenaikan harga ayam.

Bagaimanapun, pihaknya tidak akan berkompromi dengan isu tersebut dan akan meneruskan penguatkuasaan mengikut Akta Anti Pencatutan 2011.

“Bagi individu yang melakukan kesalahan menjual barangan terkawal melebihi harga maksimum, boleh dikenakan denda sehingga RM10,000 atau dipenjarakan maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, atau dikompaun sehingga RM 50,000.

“Bagi syarikat boleh didenda sehingga 500,000 atau dikompaun sehingga RM250,000 jika sabit kesalahan,” jelas beliau.