X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 22 Mei 2022

Banjir Terengganu: 22 mangsa masih ditempatkan di PPS

Keadaan banjir di sebuah kediaman di Kampung Surau Panjang di Kuala Terengganu.
A
A

KUALA TERENGGANU - Jumlah mangsa banjir di Kuala Terengganu semakin berkurangan selepas tidak berlaku hujan lebat sejak Ahad dan cuaca cerah pagi Isnin.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu melalui satu kenyataan memaklumkan, sehingga jam 10 pagi ini hanya enam keluarga terdiri daripada 22 mangsa masih ditempatkan di sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Atas Tol di sini.

Mangsa banjir membabitkan tiga buah kampung yang masih dinaiki air iaitu Kampung Bukit, Kampung Titian Baru dan Kampung Surau Panjang di Kuala Terengganu.

Bagaimanapun, banjir tidak serius kerana hanya di kawasan rendah dan memasuki dapur dan bilik mandi kediaman terlibat.

Sementara itu, menurut kenyataan Jabatan Pengairan dan Saliran Terengganu, paras air Sungai Nerus dekat Kampung Bukit menunjukkan bacaan 11.57 iaitu berada pada tahap waspada.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!