X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 21 Januari 2022

Air pasang besar: 25 penduduk dipindahkan ke PPS

Seramai 25 penduduk dari empat buah keluarga di Kampung Sungai Kluang Laut, Kluang dipindahkan ke PPS Pulapem apabila rumah mereka dilanda banjir kilat ekoran fenomena air pasang besar pada malam Ahad.
A
A

KLUANG - Seramai 25 penduduk dari empat buah keluarga di Kampung Sungai Kluang Laut di sini dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) apabila rumah mereka dilanda banjir kilat ekoran fenomena air pasang besar, pada malam Ahad.

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, R Vidyananthan berkata, mereka ditempatkan di PPS di Pusat Latihan Pemimpin Muda (Pulapem) yang dibuka pada jam 9 malam.

"Air pasang besar melebihi 3.0 meter pada jam 9 malam melimpah di Kampung Sungai Kluang Laut yang mengakibatkan beberapa buah rumah telah dinaiki air," katanya menerusi kenyataan pada Isnin.

Menurut beliau, petugas daripada pelbagai agensi seperti Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, polis, bomba, Jabatan Sukarelawan Malaysia dan Jabatan Kebajikan Masyarakat bertugas untuk memantau keadaan.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!