Pochettino yakin Messi akan kembali berbisa

Messi ketika beraksi bersama PSG.
Messi ketika beraksi bersama PSG.
A
A
A

PENGENDALI Paris Saint Germain (PSG), Mauricio Pochettino menyifatkan penyerangnya, Lionel Messi mempunyai kelebihan yang menakjubkan dan yakin emenang tujuh kali d'Or winner itu akan kembali meledak gol dengan lebih banyak bersama pasukannya.

Messi sebelum ini mengejutkan dunia bola sepak dunia apabila dia meninggalkan Barcelona dan menyertai PSG dengan perjanjian dua tahun pada musim ini.

Bagaimanpaun pemain antarabangsa Argentina berusia 34 tahun itu memulakan karier yang perlahan di PSG selepas hanya menjaringkan empat gol dalam 12 perlawanan dalam semua pertandingan, termasuk satu dalam Ligue 1.

"Messi mempunyai bakat yang luar biasa dan sentiasa mahu menjaringkan gol, jadi dia akan menjaringkan lebih banyak lagi di sini. Ini soal masa dan kecekapan.

"Dia mendapat banyak peluang dalam setiap perlawanan. Saya yakin saat itu akan tiba dan

dia akan banyak membantu kami, seperti yang dia sudah lakukan." katanya.

Untuk rekod, PSG kini berada di tangga teratas dengan 41 mata selepas 16 perlawanan, 12 mata di atas Olympique de Marseille, yang mempunya baki satu perlawanan.

Dalam pada itu Pochettino berkata, pasukannya itu akan menghadapi saingan sengit menentang Lens di tempat kelima dan menggesa pemain untuk lebih klinikal ketika berada di hadapan gol.

Artikel Berkaitan:

"Kuncinya ialah menjaringkan gol dengan meningkatkan kecekapan kami di hadapan gol. Kami akan menentang pasukan Lens yang kuat fizikal.

"Mereka menjalani musim yang hebat, dan mempunyai pasukan yang sangat bagus dengan jurulatih yang baik (Franck Haise)," ujar Pochettino