Bukan bertujuan had kebebasan awam

Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo berucap pada Majlis Perasmian Persidangan Inovasi Digital Dewan Perniagaan British Malaysia hari ini. - Foto Bernama
Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo berucap pada Majlis Perasmian Persidangan Inovasi Digital Dewan Perniagaan British Malaysia hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berkata, gesaan agar komen yang sederhana dalam portal bukanlah bermaksud hendak mengehadkan kebebasan awam.

Beliau berkata, ia lebih kepada untuk mengekalkan kesopanan dan mengelakkan luahan yang akan membawa kepada kenyataan merangsangkan yang mungkin membawa kesan kepada keselamatan negara.

“Kebebasan bersuara bukan bermaksud untuk menggalakkan komen kelucahan, tidak beradab atau seksis. Kita juga tidak patut membiarkan ancaman fizikal atau ancaman kecederaan tubuh badan dalam media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Pengendali portal perlu bertanggungjawab komen pembaca

“Hantaran atau komen seumpama hendaklah dielakkan dan ini boleh dicapai menerusi tapisan sendiri di samping bantuan daripada portal itu sendiri,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Gobind juga berpendapat bahawa meminta portal untuk sederhanakan kandungan dalam bahagian komentari mereka ia bukanlah tidak munasabah.

Beliau berkata, intipatinya ia mengukuhkan kenyataan bahawa kerajaan mendukung hak kebebasan bersuara tetapi pada masa yang sama mengulangi akan keperluan bertanggungjawab.

"Saya berpendapat bahawa perlu adanya kebebasan bagi setiap orang untuk membincangkan topik secara terbuka dan berterus terang dalam media sosial. Ini penting dan kita perlu mengekalkannya.

Artikel Berkaitan:

“Pada masa yang sama, kita mahu memastikan intipati perbincangan tidak lari dan media sosial tidak disalahguna hinggakan ia menyalahi undang-undang, menyebabkan pergolakan sosial atau menggugat keselamatan negara, katanya.

Gobind berkata perkara itu akan dibincangkan lebih lanjut dengan pihak yang berkepentingan.

”Saya berhasrat untuk duduk dengan mereka yang berkenaan, termasuk rakan saya dalam media untuk mencari jalan di mana kami boleh membincangkannya, usahakan satu rangkakerja dan bersetuju kepada beberapa mekanisme yang mana kami boleh kendalikan aduan yang saya terima,” katanya dan menambah bahawa beliau menerima banyak aduan berhubung penggunaan media sosial terutama yang berkaitan komen dalam portal yang termasuk portal berita.

Gobind berkata, beliau akan mendapatkan pandangan dan cadangan daripada majlis media yang akan ditubuhkan mengenai perkara ini dan cara bagaimana untuk menggalakkan penggunaan media sosial secara bertanggungjawab, yang pada masa yang sama menyediakan ruang untuk kebebasan bersuara di negara ini.

Buat masa ini, Gobind mengulangi gesaan kepada semua agar berhati-hati dengan apa yang mereka hantar dalam media sosial. - Bernama