5,551 kes positif Covid-19 hari ini

Foto fail Bernama
Foto fail Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Kes harian positif Covid-19 negara menurun sedikit dengan merekodkan sebanyak 5,551 kes berbanding 5,806 kes pada Khamis.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, pertambahan itu bermakna jumlah kumulatif kes Covid-19 negara adalah 2,649,578 kes.

Menurut data COVIDNOW, setakat tengah malam semalam, 47 lagi kematian baharu direkodkan termasuk 12 kes kematian yang dibawa ke hospital (BID).

Jumlah itu juga menjadikan angka kumulatif bagi kes kematian sebanyak 30,521.

Berdasarkan kes yang dilaporkan hari ini, kebanyakan kes masih terdiri daripada pesakit kategori 1 dan 2.

Manakala selebihnya merupakan pesakit kategori 3,4, dan 5 sebanyak 1.4 peratus atau bersamaan dengan 78 kes.

Unit Rawatan Rapi (ICU) ketika ini sedang merawat seramai 499 pesakit dan daripada jumlah itu juga, 269 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Mengenai kes sembuh, sejumlah 5,301 kes direkodkan hari ini dengan jumlah keseluruhan kes pulih sebanyak 2,556,554.

Artikel Berkaitan: