X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 21 Januari 2022

Warlord jadi satu budaya dalam politik

Program Kompas Rasuah Busters bertajuk ‘Rasuah Rampas Masa Depan Anak Muda’ bersama (dari kiri) Moderator, Amin Idris, Pengurus Unit Demokrasi dan Tadbir Urus Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas), Aira Azhari; Artis, Fizie Roslan dan ADUN Sungai Panjang, Datuk Mohd Imran Tamrin yang berlangsung di Kompleks Karangkraf pada Rabu. Foto SINAR HARIAN / MOHD HALIM ABDUL WAHID.
A
A

SHAH ALAM – Seseorang yang tidak diketengahkan ke hadapan oleh warlord atau kekuatan warlord sukar untuk mendapat tempat dalam politik.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Panjang, Datuk Mohd Imran Tamrin berkata, warlord telah menjadi satu budaya dalam dunia politik sejak sekian lama dan ia melibatkan parti-parti politik besar.

“Untuk menempatkan diri ini kadang-kadang ada perkara-perkara (warlord) tersebut dari segi kapasiti, kedudukan kewangan dan sebagainya.

“Kadang-kadang ini menjadi satu sandaran kepada ahli-ahli di luar sana untuk mengangkat kita,” ujar beliau.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panel program Kompas Rasuah Busters: Rasuah Rampas Masa Hadapan Anak Muda yang disiarkan di platform Sinar Harian pada Rabu.

Mohd Imran Tamrin
Mohd Imran Tamrin

Turut menjadi panel, artis yang juga penyampai radio, Fizie Roslan serta Pengurus Unit Demokrasi dan Tadbir Urus Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas), Aira Azhari manakala Amin Idris bertindak selaku moderator.

Mohd Imran pada masa sama turut menyatakan seseorang yang bagus juga kadangkala dicantas oleh warlord.

“Sesetengah warlord ini melihat bakat-bakat baharu muda yang berkredibiliti sebagai ancaman kepada mereka.

“Sebab apa? Dengan kedudukan itu mereka boleh mendapatkan sesuatu. Ini yang mungkin boleh menjerumus kepimpinan parti politik ke arah rasuah kerana kiblatnya kedudukan, kuasa dan wang,” jelasnya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!