Kejayaan KL City dipacu perancangan bersistematik

Zhafri meraikan jaringan gol pertama bagi KL City ketika berdepan JDT di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Zhafri meraikan jaringan gol pertama bagi KL City ketika berdepan JDT di Stadium Nasional Bukit Jalil.
A
A
A

PERANCANGAN bersistematik dan minat mendalam dalam sukan bola sepak merupakan inti pati utama yang menjadi mendorong kejayaan Kuala Lumpur City FC (KL City) muncul juara Piala Malaysia musim ini.

Perkara itu dikongsikan Ketua Pegawai Eksekutif KL City FC, Stanley Bernard yang menyifatkan elemen tersebut adalah kekuatan utama skuad kendalian Bojan Hodak apabila mengejutkan penyandang juara Johor Darul Ta’zim (JDT) 2-0 dalam perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Selasa.

“Kalau nak jaga kelab, pengarah ini, pengarah itu jangan terlibat langsung. Datang ke final, enjoy dan kemudian pulanglah ke rumah. Jangan libatkan diri atau bawa politik hingga ke bilik persalinan para pemain.

“Kita berjaya buktikan. Ya, walaupun masih terdapat tangan-tangan ghaib tetapi semua itu hanya ‘berhenti’ di bilik saya, malah saya dan jurulatih, Bojan Hodak sentiasa bekerjasama dalam memastikan prestasi kelab sentiasa berada pada tahap terbaik,” katanya.

KL City muncul juara Piala Malaysia setelah menewaskan JDT hasil jaringan Zhafri Yahya pada minit ke-66 sebelum Kapten KL City, Paulo Josue melengkapkan kemenangan ke atas lawan dengan gol minit ke-74

Artikel Berkaitan: