Mumia dengan tangan terikat ditemui

Mumia seorang lelaki ditemui dengan tangannya terikat di Cajamarquilla, Peru baru-baru ini. - Foto AFP
Mumia seorang lelaki ditemui dengan tangannya terikat di Cajamarquilla, Peru baru-baru ini. - Foto AFP
A
A
A

LIMA - Ahli arkeologi di Peru menemui satu mumia lelaki dengan kedua-dua tangannya diikat dengan tali di sebuah kawasan kubur di Cajamarquilla, kira-kira 24 kilometer ke timur Lima baru-baru ini.

Mumia itu yang dipercayai seorang pemuda yang berumur antara 18 hingga 22 tahun pada hari pengebumiannya ditemui tertanam sedalam kira-kira 1.4 meter.

Seorang ahli arkeologi, Pieter Van Dalen yang mengendalikan projek penggalian di Cajamarquilla berkata, penemuan itu adalah unik dan ganjil.

"Mumia itu mungkin ditanam kira-kira 800 dan 1200 selepas tahun Masihi," katanya seperti dilaporkan oleh AFP.

Satu rangka yang dipercayai seekor anjing turut ditemui di sebelah mumia itu.

Menurut Van Dalen, Cajamarquilla ialah pusat bandar dan pernah dihuni kira-kira 10,000 hingga 20,000 orang. - Agensi

Artikel Berkaitan: