Tiada mustahil apabila anda bermain atas nama Manchester United

Ronaldo sebelum dimasukkan pada babak kedua ketika aksi Chelsea menentang Manchester United di Stamford Bridge, London. -Foto AFP
Ronaldo sebelum dimasukkan pada babak kedua ketika aksi Chelsea menentang Manchester United di Stamford Bridge, London. -Foto AFP
A
A
A

PENYERANG Manchester United, Cristiano Ronaldo percaya The Red Devils akan bangkit dalam perlawanan liga seterusnya selepas sekadar melakar keputusan seri 1-1 ketika menentang Chelsea dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stamford Bridge pada Selasa pagi.

"Perjalanan masih panjang dan tiada yang mustahil apabila anda bermain atas nama Manchester United.

"Kami akan terus mengejar matlamat kami sehingga ke akhirnya!," ujar penyerang berusia 36 tahun tersebut.

Pada perlawanan di London itu, Manchester United terlebih dahulu mendahului menerusi jaringan Jadon Sancho pada minit ke-50 sebelum dipadamkan penyamaan Jorginho yang menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-69.

Perlawanan tersebut juga menyaksikan penampilan pertama liga Michael Carrick selepas pemecatan pengurus Ole Gunnar Solskjaer hujung minggu lalu berikutan prestasi tidak menentu The Red Devils sebelum itu.

Untuk rekod, pada perlawanan itu penyerang Portugal tersebut bermula di bangku simpanan kali kedua musim ini selepas kali pertama ketika berdepan Everton pada Oktober lalu yang berakhir dengan keputusan seri 1-1 dimasukkan menggantikan Sancho pada minit ke-64.

Keputusan seri itu menyaksikan Manchester United kini menduduki tempat kelapan liga dengan 18 mata manakala Chelsea kekal di tangga teratas liga dengan 30 mata satu mata mengatasi penyandang juara Manchester City selepas mengharungi 13 perlawanan.

Artikel Berkaitan: