Piala MFL tak gagal

Gambar kecil: Stuart Ramalingam
Gambar kecil: Stuart Ramalingam
A
A
A

LIGA Bolasepak Malaysia (MFL) menafikan kritikan bahawa saingan Piala MFL yang menumpukan kepada pemain muda gagal menjadi lebih kompetitif, sekali gus memberikan kesan kepada prestasi skuad Bawah 23 tahun (B-23) negara.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Stuart Ramalingam berkata, Piala MFL kekal memberikan peluang dan minit permainan kepada pemain B-23 bersama pasukan kelab masing-masing.

Menurutnya, tiada rungu-tan pihak kelab mengenai Piala MFL tersebut, selain kritikan dilontarkan itu disifatkan pandangan peribadi pengkritik atau pemerhati bola sepak.

“Apabila (skuad B-23) beraksi buruk, maka akan ada yang mencari alasan dan punca kenapa jadi teruk tetapi kalau menang dan layak, tiada yang kata Piala MFL ini kompetitif.

“Kalau tanya jurulatih atau Hairudin Omar yang pasukannya (Terengganu FC II) menang Piala MFL tahun lalu, ramai pemain dapat minit permainan.

“Mungkin pemerhati atau pengkritik ada pandangan tersendiri tetapi kami berdepan sendiri dengan kelab dan bukan melihat kepada apa yang berlegar di media sosial,” katanya selepas Majlis Menandatangani Perjanjian antara MFL dan Hong Leong MSIG Takaful pada Jumaat.

Prestasi skuad Harimau Muda pada Piala Asia B-23 Qatar baru-baru ini menimbulkan kritikan pelbagai pihak selepas tampil hambar gagal merekodkan sebarang kemenangan dalam aksi Kumpulan D.

Skuad ken-dalian Juan Torres Garrido itu tewas kepada Uzbekistan, Vietnam dan Kuwait, sekali gus gagal untuk me-realisasikan misi mara ke saingan suku akhir.Stuart juga menegaskan MFL kekal terbuka untuk sebarang perubahan dalam format Piala MFL sekiranya terdapat kelab yang mahu badan pengelola liga itu berbuat demikian.

Artikel Berkaitan:

“Jika ada kelab yang yang mahu kami melihat kembali format ini, kami bersedia berbuat demikian.

“Tetapi di peringkat kelab tiada isu dan mereka tidak mengutarakan sebarang persoalan mengenai perkara ini,” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!