X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 24 Mei 2022

IPD Gombak catat penurunan jenayah indeks

Mazlan merasmikan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak pada Isnin.
A
A

GOMBAK - Jenayah indeks di daerah Gombak mencatatkan penurunan sebanyak 2,100 kes pada tahun lalu berbanding 2,500 kes pada 2019.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, jenayah indeks sejak Januari hingga 23 November lalu turut mencatatkan penurunan iaitu sebanyak 1,726 kes direkodkan.

"Kita berharap trend penurunan ini akan berterusan pada tahun akan datang," katanya ketika berucap pada majlis perasmian Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak, di sini pada Isnin.

Mazlan berkata, beliau berbangga dengan pencapaian polis Gombak dalam mengurangkan jenayah di daerah tersebut.

"Peningkatan populasi, pertumbuhan ekonomi dan pembangunan secara tidak langsung memberi kesan di Gombak dari segi ketenteraman dan keselamatan awam.

“Faktor itu menyokong pembinaan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak yang merupakan sebahagian daripada pelan keselamatan strategik pasukan polis dalam menawarkan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat di sini,” katanya.

Mazlan berkata, pasukan polis telah menaik taraf beberapa asetnya dalam aspek teknologi persenjataan dan kelengkapan logistik termasuk kenderaan baharu.

“Antara kenderaan yang diterima pasukan itu ialah 400 unit Toyota Hilux GS Cargo dan 240 unit van Go Auto Higer Ace.

"Polis Selangor menerima 35 daripada unit Toyota Hilux GS Cargo pada 26 Julai lalu, tiga daripada kenderaan itu diberikan kepada Balai Polis Rawang, Selayang dan Gombak," katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!