X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 18 Januari 2022

Hampir 1,500 doktor kontrak letak jawatan

Dr Noor Azmi - Foto fail Bernama
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan seramai 1,497 pegawai perubatan lantikan kontrak meletak jawatan sejak 2017 hingga Jun tahun ini.

Timbalan Menteri Kesihatan I, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, daripada jumlah itu, 110 orang pada 2017, 168 orang (2018), 475 orang (2019), 511 orang (2020) dan 514 orang (dari Januari hingga 26 November 2021).

"Dalam hal penentuan peletakan jawatan, keputusan tersebut adalah hak yang diputuskan sendiri oleh pegawai atas sebab-sebab tertentu.

"Antara alasan peletakan jawatan yang telah dinyatakan adalah seperti berkhidmat dalam sektor swasta dan badan berkanun.

"Lain-lain alasan adalah sebab peribadi, melanjutkan pelajaran, masalah kesihatan, berhijrah ke luar negara dan membuka klinik sendiri," katanya di Dewan Rakyat pada Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Janji lantikan tetap hanya umpan, pengorbanan doktor kontrak tak dihargai'

4,186 pegawai perubatan kontrak diberi lantikan tetap tahun depan

KKM sedia unjuran jumlah doktor diperlukan di Malaysia: Khairy

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (PH-Kuala Selangor) yang meminta kementeriannya menyatakan statistik bilangan pegawai perubatan siswazah yang telah meletakkan jawatan mengikut tahun dan apakah punca mereka meletakkan jawatan.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!