KKM sedia unjuran jumlah doktor diperlukan di Malaysia: Khairy

Khairy Jamaluddin - Foto Bernama
Khairy Jamaluddin - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang menyediakan unjuran mengenai jumlah sebenar doktor pelbagai bidang dan kepakaran diperlukan Malaysia untuk masa akan datang.

Menterinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, unjuran itu dibuat bagi membolehkan kementeriannya mengemukakan jumlah doktor kontrak yang perlu diberikan lantikan tetap oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Kewangan (MOF) bagi memenuhi keperluan sektor kesihatan negara.

“KKM dalam proses menyediakan unjuran supaya kita dapat kemukakan kepada JPA dan juga MOF keperluan berdasarkan unjuran dan keperluan untuk doktor ini dilantik secara tetap.

“Sejak akhir tahun 2016, setiap doktor, pegawai perubatan siswazah dilantik secara kontrak iaitu lebih 24,000 orang manakala yang ditawarkan secara tetap hanya lebih 1,000 orang.

“Jadi, ini adalah masalah legasi lama yang perlu diatasi segera dan saya tidak pasti sama ada dapat serap semua yang ada di bawah kontrak tetapi mulakan dengan unjuran keperluan dulu.

“Saya pasti keperluan unjuran itu diusahakan supaya jumlah itu dapat diserap dahulu untuk dimasukkan dalam perkhidmatan tetap,” katanya ketika Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat pada Selasa.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Azizah Mohd Dun (Bersatu-Beaufort) berhubung keperluan sebenar diperlukan KKM membabitkan doktor pelbagai bidang dan kepakaran.

Artikel Berkaitan: