Kerajaan komited terjemah pertumbuhan ekonomi kepada pekerjaan dan masa depan rakyat - PM

Datuk Seri Anwar Ibrahim
Datuk Seri Anwar Ibrahim
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan terus bekerja keras bagi memastikan pertumbuhan ekonomi diterjemahkan kepada peluang pekerjaan yang lebih baik, pendapatan bermaruah dan masa depan lebih terjamin untuk rakyat, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menerusi catatan di Facebook, beliau berkata, kadar pengangguran negara menurun ke paras terendah dalam tempoh 11 tahun, setakat akhir tahun lepas.

"Pasaran buruh di pelbagai sektor pula kekal stabil, didukung kedudukan ekonomi yang semakin menggalakkan.

"Ini hasil usaha keras Kerajaan Madani membina dan mengukuhkan semula asas negara sejak tiga tahun lalu,” kata Anwar.

Kadar pengangguran negara pada November 2025 dilaporkan mencatat penurunan ke paras terendah dalam tempoh 11 tahun apabila berada pada 2.9 peratus.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin dalam kenyataan sebelum ini berkata, jumlah tenaga buruh meningkat 0.2 peratus kepada 17.61 juta orang pada November 2025 berbanding 17.58 juta orang pada Oktober 2025 manakala kadar penyertaan tenaga buruh kekal pada 70.9 peratus. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Kerajaan berusaha keras memastikan pertumbuhan ekonomi memberi peluang pekerjaan yang lebih baik dan pendapatan bermaruah
  • Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan kadar pengangguran menurun ke paras terendah dalam 11 tahun
  • Pasaran buruh di pelbagai sektor kekal stabil dengan sokongan kedudukan ekonomi yang meningkat
  • Kerajaan MADANI telah berusaha membangun dan mengukuhkan ekonomi negara sejak tiga tahun lalu
  • Kadar pengangguran pada November 2025 adalah 2.9 peratus, penurunan terendah dalam tempoh 11 tahun

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!