Lelaki rampas beg tangan wanita ketika kemalangan ditahan

Tular di media sosial satu video berdurasi 1.30 saat yang memaparkan seorang lelaki dilihat mengambil beg tangan wanita itu dan meminta wanita berkenaan mengikutnya ke balai polis untuk membuat laporan.
Tular di media sosial satu video berdurasi 1.30 saat yang memaparkan seorang lelaki dilihat mengambil beg tangan wanita itu dan meminta wanita berkenaan mengikutnya ke balai polis untuk membuat laporan.
A
A
A

SHAH ALAM - Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai merampas beg tangan dari sebuah kenderaan yang melanggar keretanya di Kilometer 14.6 Lebuhraya Persekutuan arah Klang ke Kuala Lumpur bagi membantu siasatan pada Sabtu

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib dalam kenyataannya memaklumkan suspek yang berusia 56 tahun itu ditahan pada jam 6.30 petang selepas hadir bagi membuat laporan polis berkaitan kemalangan jalan raya itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.

Beliau berkata, kejadian berlaku pada kira-kira jam 1.33 petang apabila seorang wanita yang memandu kereta BMW dari arah Klang menghala Kuala Lumpur terlanggar belakang kenderaan milik lelaki berkenaan.

Kertas siasatan berhubung kes itu telah dibuka di bawah Seksyen 379 dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Ketika ini tular di media sosial satu video berdurasi 1.30 saat yang memaparkan seorang lelaki dilihat mengambil beg tangan wanita itu dan meminta wanita berkenaan mengikutnya ke balai polis untuk membuat laporan. - Bernama

Artikel Berkaitan: