Siasat segera punca banjir di Lembah Jaya Utara

Pihak bertanggungjawab sama ada di peringkat kerajaan Persekutuan atau kerajaan negeri perlu segera menyiasat kejadian banjir di Lembah Jaya Utara, Ampang, Isnin lalu. (Gambar kecil: Iskandar)
Pihak bertanggungjawab sama ada di peringkat kerajaan Persekutuan atau kerajaan negeri perlu segera menyiasat kejadian banjir di Lembah Jaya Utara, Ampang, Isnin lalu. (Gambar kecil: Iskandar)
A
A
A

SHAH ALAM - Pihak bertanggungjawab sama ada di peringkat kerajaan Persekutuan atau kerajaan negeri perlu segera menyiasat kejadian banjir di Lembah Jaya Utara, Ampang pada 22 November lalu.

Ketua Penyelaras Pusat Sumber Untuk Kemajuan Masyarakat Dan Perumahan (REACH), Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, punca kejadian juga perlu diketahui dan diselesaikan supaya bencana sama tidak berulang.

Justeru katanya, syarat yang dikenakan untuk tujuan pembinaan lebuh raya di kawasan yang dilanda banjir berkenaan boleh didedahkan kepada umum.

"Satu penyelesaian perlu dicari kerana kawasan tersebut pernah dilanda banjir dalam tahun 2007 dan 2012 iaitu sebelum pembinaan projek Lebuhraya Lembah Klang Timur (EKVE) bermula," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Iskandar turut mencadangkan satu kajian menyeluruh dilakukan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian Isnin lepas.

Dalam pada itu, beliau berkata, jika punca banjir dapat dikenalpasti maka pihak bertanggungjawab perlu menanggung kos ganti rugi yang perlu dibayar kepada penduduk mengalami kerugian harta benda.

Artikel Berkaitan: