X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 24 Januari 2022

JPJ Pahang keluar 40 saman Ops Bersepadu

Anggota Unit Operasi JPJ Pahang melakukan pemeriksaan ke atas kenderaan dalam operasi bersepadu di KM100, Jalan Kuantan-Segamat, pada Jumaat. - Foto Facebook JPJ Pahang
A
A

MUADZAM SHAH - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang mengeluarkan 40 saman atas pelbagai kesalahan terhadap pengguna jalan raya dalam Ops Bersepadu di Kilometer 100, Jalan Kuantan- Segamat di sini pada Jumaat.

Dalam operasi bermula jam 3 petang hingga 7 petang itu, sebanyak 94 notis pelbagai kesalahan turut dikeluarkan ke atas 78 daripada 364 kenderaan yang diperiksa.

Pengarah JPJ Pahang, Kamarul Iskandar Nordin berkata, kesalahan utama yang dikesan adalah berkaitan lesen memandu.

Menurut beliau, operasi bersepadu itu disertai pelbagai agensi penguatkuasa termasuk polis, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Pahang.

"Dalam operasi itu, polis mengeluarkan 59 saman kepada pengguna jalan raya atas pelbagai kesalahan manakala JIM berjaya menahan tiga pendatang tanpa izin (PATI) kerana tidak memiliki pengenalan diri.

"AADK telah membuat saringan ke atas 32 individu namun tiada kes dikesan.

"JPN turut membuat pemeriksaan secara rawak ke atas pengguna jalan raya dan tiada kesalahan dikesan dslam operasi itu," katanya melalui satu kenyataan pada Sabtu.

Kamarul Iskandar berkata, operasi yang dijalankan itu memberi tumpuan kepada kesalahan lesen memandu dan cukai jalan tamat tempoh.

"Walaupun tempoh pengecualian saman kepada lesen memandu dan cukai jalan tamat tempoh dilanjutkan sehingga hujung tahun, pemilik lesen dan kenderaan dinasihatkan agar segera memperbaharuinya.

"Kita nasihatkan mereka agar tidak menunggu hingga saat akhir kerana tindakan itu akan menyebabkan kesesakan pelanggan di kaunter JPJ," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!