KL City ke Bukit Jalil

KL City FC sahkan slot ke perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Selasa ini selepas tewaskan Melaka United di Stadium Hang Jebat pada tengah malam Sabtu.
KL City FC sahkan slot ke perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Selasa ini selepas tewaskan Melaka United di Stadium Hang Jebat pada tengah malam Sabtu.
A
A
A

KUALA Lumpur City FC mengesahkan slot ke perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Selasa ini selepas menewaskan Melaka United di Stadium Hang Jebat pada tengah malam Sabtu.

Kedua-dua pasukan yang terikat 1-1 semasa perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras turut mengekalkan keputusan sama semasa timbal balik kedua.

Pemain sensasi KL City, K Partiban terlebih dulu meletakkan pelawat di depan pada minit kesembilan bagi menewaskan penjaga gol tuan rumah, Khairul Fahmi Che Mat untuk mendahului 1-0.

Bersambung babak, kedua Melaka United mengandakan asakan akhirnya berjaya memperoleh jaringan penyamaan hasil jaringan Ahmad Syamim Yahya pada minit ke-65.

Keputusan seri secara agregat 2-2 kekal menyaksikan pemenang terpaksa ditentukan menerusi sepakan penentuan penalti yang dimenangi KL City 5-3.

Artikel Berkaitan: