X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 05 Disember 2021

299 kanak-kanak hilang ibu bapa akibat Covid-19

Norlela
A
A

GEORGETOWN - Seramai 299 kanak-kanak di Pulau Pinang kehilangan bapa, ibu, penjaga atau menjadi yatim piatu berikutan pandemik Covid-19 sejak dua tahun lalu.

Exco Kesihatan, Agroteknologi, Keselamatan Makanan dan Pembangunan Luar Bandar, Dr Norlela Arifin berkata, majoriti mereka kehilangan bapa yang merupakan punca utama rezeki keluarga membabitkan 194 orang; kehilangan ibu (78); penjaga (6) dan kedua-dua ibu dan bapa (4).

Menurutnya, mengikut statistik seramai 224 merupakan kanak-kanak dari keluarga Melayu; Cina (47); India (24) dan lain-lain bangsa (4).

"Dari segi pecahan daerah pula, 95 daripada mereka tinggal di Timur Laut; Seberang Perai Utara (46); Seberang Perai Tengah (84); Seberang Perai Selatan (33) dan Barat Daya (41).

“Seramai 142 atau 47.7 peratus daripada kanak-kanak merupakan murid sekolah rendah, 152 atau 50.8 peratus pelajar sekolah menengah dan lima orang atau 1.7 peratus ialah pelajar sekolah agama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Mohd Yusni Mat Piah (Pas-Penaga) di Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Jumaat.

Dalam pada itu, Norlela (PKR-Penanti) berkata, bagi menjaga kebajikan kanak-kanak terbabit, kerajaan negeri Pulau Pinang akan menubuhkan jawatankuasa petugas khas (task force) dengan sokongan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Pendidikan Negeri dan agensi-agensi lain yang berkaitan.

Beliau berkata, ‘task force’ itu antara lain akan melihat bentuk sokongan dan bantuan yang diperlukan kanak-kanak terbabit khususnya dalam memastikan mereka meneruskan sesi persekolahan.

"Terdapat kes yang mana dua pelajar masing-masing berusia 16 dan 18 tahun yang menjadi yatim piatu akibat pandemik Covid-19 memilih untuk bekerja bagi meneruskan kehidupan serta menyara empat lagi adik mereka.

“Selain itu, JKM ketika ini turut menghubungi kumpulan kanak-kanak yang terjejas akibat Covid-19 bagi menawarkan khidmat kaunselor dan sokongan selain kita turut menghulurkan bantuan-bantuan lain seperti bakul makanan dan sebagainya,” katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!